Tindakan UMNO memecat dan menggantung beberapa ahlinya pada Jumaat terus dipersoalkan selepas Khairy Jamaluddin pula mendakwa proses pemecatannya tidak mengikut prosedur biasa.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam kenyataan di Insta Story juga mengesahkan tiada sebarang surat tunjuk sebab diberikan dan pendengaran daripada Lembaga Disiplin UMNO.